Only One (album Shinhwa)

Only One merupakan album ketiga yang dikeluarkan oleh kumpulan penyanyi lelaki Korea SelatanShinhwa, pada 27 Mei 2000. Album telah ditangguhkan selama tiga bulan untuk memberi laluan kepada kumpulan baru terbitan SM Entertainment, Fly to the Sky untuk debut. Lagu yang sama tajuk dengan tajuk album dilancarkan sebagai single utama album ini, dengan lagu-lagu yang menyusul selepas itu adalah "All Your Dream", "First Love" dan "Wedding March (Your Side)". Only One terjual sebanyak 423,873 unit dam mencapai kedudukan nombor satu dalam carta muzik Persatuan Industri Rakaman Korea.